Yesterday, is a history...
Tomorrow, is a mystery...
and
Today, is a gift...
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Manusia lumrah melakukan kesalahan & sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat"
(Hadith Riwayat Ahmad & Tirmizi)
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (diberi cubaan) kepadanya."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkin.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)
"Hidup tidak sederhana biasanya akan membukakan pintu kepada kecenderungan untuk berhutang". (Hamka)
Jika ketentuan itu selari dengan apa yg kita cita-citakan, maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentua itu bercanggah dgn hasrat kita, sambutlah ketentuan itu dgn hati yg terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yg terbaik utk kita walaupun bertentangan dgn kemahuan kita yg asal.
Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dgn penuh ikhlas, maka akn terpendam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sbagai kegagalan. Kesusahan ini tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.
Apa sahaja ketetapan Allah s.w.t. ke atas kita umat islam, sama ada ia seiring dgn kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya utk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yg tidak kita perolehi itu, digantikan Allah s.w.t. dgn lebih baik drpd apa yg kita inginkan.
Walau apapun, percayalah dan yakinlah bahawa Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita berdasarkan kebijaksanaanNya.