Jika ketentuan itu selari dengan apa yg kita cita-citakan, maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentua itu bercanggah dgn hasrat kita, sambutlah ketentuan itu dgn hati yg terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yg terbaik utk kita walaupun bertentangan dgn kemahuan kita yg asal.
Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dgn penuh ikhlas, maka akn terpendam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sbagai kegagalan. Kesusahan ini tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.
Apa sahaja ketetapan Allah s.w.t. ke atas kita umat islam, sama ada ia seiring dgn kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya utk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yg tidak kita perolehi itu, digantikan Allah s.w.t. dgn lebih baik drpd apa yg kita inginkan.
Walau apapun, percayalah dan yakinlah bahawa Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita berdasarkan kebijaksanaanNya.
1 comments:
-
fiza hafiza
on
September 24, 2008 at 5:33 AM
x semua yg kita inginkan adalah yang terbaik untuk kita..
apa yg telah ditentukan Allah itulah yg terbaik buat kita sebagai hambaNYA
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)