Ibadah Puasa

by Izwan^NICE | 10:21:00 AM in | comments (0)

IBADAH PUASA


" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183
________________________________________

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

________________________________________


PENGERTIAN PUASA

• Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


PUASA WAJIB

• Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• Puasa hari Arafah
• Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
• Puasa bulan Syaaban
• Puasa Isnin dan Khamis
• Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

• Puasa yang terus menerus sepanjang masa
• Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

• Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
• Puasa pada hari raya pertama Haji
• Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

• Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

• Orang yang sakit
• Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
• Orang tua yang sudah lemah
• Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Ramadhan Al-Mubarak

by Izwan^NICE | 5:16:00 PM in | comments (0)


Bagaimanakah persiapan menanti bulan yang penuh keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh para kekasih NYA. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan baik dari yang sebelumnya. Ameen.


Berpuasa merupakan sumber kebahagiaan zahir dan batin bilamana ia mampu menjadi penyembuh dari segala penyakit ini.
'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.' (Al-Baqarah:183)

Puasa adalah ibadat yang berkesan sekali dalam mengendalikan hawa nafsu sekaligus dapat menyinari hati dan mendidik seluruh anggota sehingga ke martabat taqwa, kerana puasa yang sebenar-benarnya bukan hanya menahan perut dan kemaluan serta mengecap keinginan syahwat bahkan mengekang pancaindera daripada melakukan perkara-perkara dosa dan haram. Akhirnya berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran keduniaan yang boleh memesongkan perhatian selain Allah.

Ia juga mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kerana ia merehatkan anggota badan yang bekerja keras selama setahun mencerna makanan yang diambil. Menurut kajian yang dilakukan berpuasa dapat menurunkan berat badan,kandungan glukosa dsbnya. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain. Bagi para perokok inilah masanya untuk dijadikan batu loncatan buat diri untuk berlatih berhenti merokok.

Orang yang beriman akan menyibukkan diri pada malam harinya terutamanya di kala sepuluh malam terakhir seperti hadis Rasulullah s.a.w,baginda bersabda: 'Orang yang berpuasa semasa Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah akan diampunkan dosanya, dan orang yang bersolat pada sepanjang malam Lailatul Qadr dengan iman dan mencari ganjaran daripada Allah akan diampunkan dosa-dosanya.' (Hadis Bukhari dan Muslim). Betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt pada hamba-hambanya yang menginginkannya. Setelah setiap hari kita sentiasa melakukan dosa, tidakkah terasa kerdil kita dihadapannya kerana masih memberikan satu bulan untuk hamba-hambanya kembali padaNYA? Amatlah rugi diri ini sekiranya peluang yang diberikan tidak diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya.

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."(Hadits riwayat Muslim)

Marilah kita memperbanyakkan amal soleh serta amalan-amalan sunat agar kita dapat meraih cinta Yang Maha Esa. Tingkatkan pembacaan al-quran dan maknanya, ringan-ringankanlah anggota untuk melaksanakan solat-solat sunat seperti solat tarawih dan basahkanlah lidahmu dengan berzikir sentiasa. Lakukanlah mengikut kemampuan diri masing-masing kerana Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan diri saya terutamanya dan sahabat-sahabat mengenai perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa agar sama-sama kita dapat menjaga diri kita.

-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
-Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
-Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
-Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
-Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
-Kedatangan haid atau nifas.
-Gila sekalipun hanya sekejap masa.
-Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
-Bersalin.
-Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

M
oga cahaya keimanan bisa meresap ke dalam hati dan dipancarkan dengan kemuliaan akhlaq. Apa pun,semua perkara perlu dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas hanya kerana NYA serta rancanglah bagaimana kiranya Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana mungkin kita tidak sempat untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Alat bantu seperti jadual dan nota untuk ingatan diri dapat digunakan untuk memastikan masa yang terluang tidak dibazirkan.

Selingan tambahan,

Ramadhan datang lagi,
Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat dari Ilahi,
Ayuh tanamkan keazaman dalam diri,
Untuk menambah iman di hati.


Slideshow

About Me

:: MOHD IZWAN BIN MOHD MUSAI :: Bacelor Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat) Universiti Putra Malaysia :: Semester 5 Tahun ke-3 :: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor :: Lahir 19 JUN 1987 ::

Upin & Ipin


Shoutbox

Friends

WallpApeRz

:: ikLaN ::

myspace traffic
  • Posts RSS
  • Comments RSS