Alhamdulillah.....

by Izwan^NICE | 11:41:00 PM in | comments (5)

alhamdulillah...
ersyukur kehadrat ilahi kerana dgn limpah dan kurniaNya yg tak pernah putus2 memberi kita rezki...

" Laptop ku dah elok !!!!! "


Fuh.....

(",)

Dugaan

by Izwan^NICE | 12:01:00 AM in | comments (8)

dugaan buat ku
Hard Disk laptop ku dah "BURST"
segala hasil karya ku dan apa2 je dah hilang
huhuhu
apapun...normal la kan
Allah menguji kita sebab DIA sayangkan kita
rezki juga sementara dan hanya pinjaman
anytime le di tarik balik
tp kita kene ingat
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
dan apa yg kita hilang pasti ada gantinya yg lebih baik
amin...insyaALLAH
(",)

Gathering NICE yg HappeNing (",)

by Izwan^NICE | 12:56:00 AM in | comments (3)

Alhamdulillah..
Gathering NICE yg diberi nama

" Have a NICE day with NICE "

telah berjalan dengan lancar atas sokongan dan penyertaan para peminat
yang sangat2 sporting dan happening...
serta secara rasminya
NICE NETWORK atau kelab peminat NICE
telah wujud
huhu
bukan sekadar berseronok malah dapat merapatkan ukhwah,
mendalami erti kehidupan sebenar dan bersama2 bermuhasabah akan
apa yg kita lakukan selama ini
insyaALLAH
akan datang kami akan cuba mengaturkan aktiviti yg sesuai dan menarik
untuk semua peminat NICE yang tidak putus2 memberi sokongan padu
kepada kami yg tidak seberapa ini
kami mengucapkan jutaan terima kasih
tanpa anda siapalah kami
semoga kita sama2 dapat merafa'kan seinfiniti kesyukuran
kepadaNYA yg Maha ESA
alhamdulillah...
(",)

kump.afiq

kump. safwan

kump. den

urusetia

semua

hehehe





by Izwan^NICE | 11:23:00 PM in | comments (0)

cepat....
sebelum terlambat...
esok hari last register tuk gathering NICE
CEPAT ! CEPAT ! CEPAT !

(",)

On Air....IKIM.FM

by Izwan^NICE | 11:33:00 PM in | comments (1)

wah...
malam ni on air...
xcayernye...
lama xon air
tah apala mrepek ni kang
huhu
(",)

Yea !!!

by Izwan^NICE | 7:58:00 AM in | comments (3)




yea !!! dah cuti...
hehe
bila cuti...seperti biasa

makan tido...makan tido...makan tido...

tp ingat...
kewajipan mesti dilaksanakan

hehe

(",)

HoT !!!

by Izwan^NICE | 5:10:00 PM in | comments (0)


Dapatkan SEGERA wallpaper terbaru NICE !!!
anda boleh mendapatkannya di

Blog ini

atau

:: Nice Official Blog ::

Gathering NICE

by Izwan^NICE | 1:49:00 PM in | comments (3)

Jadilah budak baik

by Izwan^NICE | 9:53:00 PM in | comments (1)


Jadilah anak yg soleh...
sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu,
hormatilah org tua mu,
peliharalah mereka selagi ada hayat mereka,
semoga anda tergolong di dalam golongan anak2 yg soleh,
insyaALLAH...

Boleh shin chan?
"baik!"

Sedangkan shin chan boleh berubah, inikan kita yg tidak senakalnya
huhu
(",)

Mini ku...(",)

by Izwan^NICE | 12:47:00 PM in | comments (3)


..:: Mini Club Man ::..

Syukurlah...

by Izwan^NICE | 4:18:00 PM in | comments (1)





"bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana... masakan ALLAH sngaja mentakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia2, bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu, tetapi mungkin itulah yg DIA mahu kerana DIA tahu... hati yg sebeginilah yg slalunya lunak dan mudah utk dekat,serta akrab denganNYA..."

Selamat Hari Raya

by Izwan^NICE | 2:12:00 PM in | comments (1)



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Khas buat sahabat2 dan kenalan semua
Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta






ehem2...tah camana tetiba ada sedikit idea tuk berpantun
terimalah....

Kesihatan harus dijaga,
Maka diet jgn dilupa,
Makan apa yg perlu saja,
Jgn nak melantak tak ingat dunia.


kikiki
(",)

Semoga anda semua terhibur
maassalamah ilalliqa'
ukhwah fillah abadan abada






Baru habis puasa....Jangan Tambah Dosa...



Ibadah Puasa

by Izwan^NICE | 10:21:00 AM in | comments (0)

IBADAH PUASA


" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183
________________________________________

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

________________________________________


PENGERTIAN PUASA

• Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


PUASA WAJIB

• Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• Puasa hari Arafah
• Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
• Puasa bulan Syaaban
• Puasa Isnin dan Khamis
• Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

• Puasa yang terus menerus sepanjang masa
• Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

• Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
• Puasa pada hari raya pertama Haji
• Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

• Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

• Orang yang sakit
• Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
• Orang tua yang sudah lemah
• Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Ramadhan Al-Mubarak

by Izwan^NICE | 5:16:00 PM in | comments (0)


Bagaimanakah persiapan menanti bulan yang penuh keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh para kekasih NYA. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan baik dari yang sebelumnya. Ameen.


Berpuasa merupakan sumber kebahagiaan zahir dan batin bilamana ia mampu menjadi penyembuh dari segala penyakit ini.
'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.' (Al-Baqarah:183)

Puasa adalah ibadat yang berkesan sekali dalam mengendalikan hawa nafsu sekaligus dapat menyinari hati dan mendidik seluruh anggota sehingga ke martabat taqwa, kerana puasa yang sebenar-benarnya bukan hanya menahan perut dan kemaluan serta mengecap keinginan syahwat bahkan mengekang pancaindera daripada melakukan perkara-perkara dosa dan haram. Akhirnya berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran keduniaan yang boleh memesongkan perhatian selain Allah.

Ia juga mempunyai kebaikan kepada tubuh badan kerana ia merehatkan anggota badan yang bekerja keras selama setahun mencerna makanan yang diambil. Menurut kajian yang dilakukan berpuasa dapat menurunkan berat badan,kandungan glukosa dsbnya. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain. Bagi para perokok inilah masanya untuk dijadikan batu loncatan buat diri untuk berlatih berhenti merokok.

Orang yang beriman akan menyibukkan diri pada malam harinya terutamanya di kala sepuluh malam terakhir seperti hadis Rasulullah s.a.w,baginda bersabda: 'Orang yang berpuasa semasa Ramadhan dengan iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah akan diampunkan dosanya, dan orang yang bersolat pada sepanjang malam Lailatul Qadr dengan iman dan mencari ganjaran daripada Allah akan diampunkan dosa-dosanya.' (Hadis Bukhari dan Muslim). Betapa besarnya ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt pada hamba-hambanya yang menginginkannya. Setelah setiap hari kita sentiasa melakukan dosa, tidakkah terasa kerdil kita dihadapannya kerana masih memberikan satu bulan untuk hamba-hambanya kembali padaNYA? Amatlah rugi diri ini sekiranya peluang yang diberikan tidak diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya.

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."(Hadits riwayat Muslim)

Marilah kita memperbanyakkan amal soleh serta amalan-amalan sunat agar kita dapat meraih cinta Yang Maha Esa. Tingkatkan pembacaan al-quran dan maknanya, ringan-ringankanlah anggota untuk melaksanakan solat-solat sunat seperti solat tarawih dan basahkanlah lidahmu dengan berzikir sentiasa. Lakukanlah mengikut kemampuan diri masing-masing kerana Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan diri saya terutamanya dan sahabat-sahabat mengenai perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa agar sama-sama kita dapat menjaga diri kita.

-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
-Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
-Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
-Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
-Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
-Kedatangan haid atau nifas.
-Gila sekalipun hanya sekejap masa.
-Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
-Bersalin.
-Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

M
oga cahaya keimanan bisa meresap ke dalam hati dan dipancarkan dengan kemuliaan akhlaq. Apa pun,semua perkara perlu dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas hanya kerana NYA serta rancanglah bagaimana kiranya Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana mungkin kita tidak sempat untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Alat bantu seperti jadual dan nota untuk ingatan diri dapat digunakan untuk memastikan masa yang terluang tidak dibazirkan.

Selingan tambahan,

Ramadhan datang lagi,
Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat dari Ilahi,
Ayuh tanamkan keazaman dalam diri,
Untuk menambah iman di hati.


Yesterday, Tomorrow, & Today

by Izwan^NICE | 11:32:00 AM in | comments (0)

Yesterday, is a history...

Tomorrow, is a mystery...

and


Today
, is a gift...

Sebaik-Baik Orang Yg Melakukan Kesalahan

by Izwan^NICE | 10:49:00 PM in | comments (0)

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Manusia lumrah melakukan kesalahan & sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat"

(Hadith Riwayat Ahmad & Tirmizi)

Musibah

by Izwan^NICE | 10:45:00 PM in | comments (0)

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (diberi cubaan) kepadanya."

(Hadith Riwayat Bukhari)

Demi Masa

by Izwan^NICE | 5:38:00 AM in | comments (0)

Manfaatkanlah masa dengan sebaik mungkin.
Sabda
Rasulullah s.a.w. :

"Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin."(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Renungan

by Izwan^NICE | 5:23:00 AM in | comments (0)

"Hidup tidak sederhana biasanya akan membukakan pintu kepada kecenderungan untuk berhutang". (Hamka)

ALLAH tahu apa yg terbaik utk hambaNya...

by Izwan^NICE | 1:44:00 AM in | comments (1)



Jika ketentuan itu selari dengan apa yg kita cita-citakan, maka panjatkanlah kesyukuran kepadaNya. Jika ketentua itu bercanggah dgn hasrat kita, sambutlah ketentuan itu dgn hati yg terbuka kerana mengikut ilmuNya, ketentuan tersebutlah yg terbaik utk kita walaupun bertentangan dgn kemahuan kita yg asal.

Apabila kita menerima ketetapan-ketetapan Allah dgn penuh ikhlas, maka akn terpendam rasa kekecewaan dan keresahan. Kegagalan tidak lagi kita rasa sbagai kegagalan. Kesusahan ini tidak lagi dirasai sebagai kesusahan.

Apa sahaja ketetapan Allah s.w.t. ke atas kita umat islam, sama ada ia seiring dgn kemahuan kita atau sebaliknya, kesemuanya utk kebaikan kita. Walau setiap sesuatu yg tidak kita perolehi itu, digantikan Allah s.w.t. dgn lebih baik drpd apa yg kita inginkan.

Walau apapun, percayalah dan yakinlah bahawa Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita berdasarkan kebijaksanaanNya.



Terima kasih kerana sudi utk singgah ke blog ini
huhu
alhamdulillah...
akhirnya siap pn blog yg xseberapa ni
hehe
xtau nak buat apa lagi
nak post byk2...
nnt2 la
huhu
k
selamat membaca
Syukran Jazilan(",)

Slideshow

About Me

:: MOHD IZWAN BIN MOHD MUSAI :: Bacelor Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat) Universiti Putra Malaysia :: Semester 5 Tahun ke-3 :: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor :: Lahir 19 JUN 1987 ::

Upin & Ipin


Shoutbox

Friends

WallpApeRz

:: ikLaN ::

myspace traffic
  • Posts RSS
  • Comments RSS